Saturday 27 August 2011

Ikan Rebus Goreng

Ikan Kembung 10 ekor sederhana besar ( mana-mana ikan pun boleh)
Dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air sampai tenggelam ikan,
Masukkan sedikit garam dan 4 keping asam keping
Rebus sampai didih dan ikan masak
Tips: mata ikan akan jadi putih menandakan ikan sudah masak

***
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng ikan rebus tadi
bila dah garing masukkan bawang besar yg dimayang dan cili hijau/merah yg dihiris
Bila bawang dan cili layu, angkat.
Makan dengan nasi panas-panas
Memang menyelerakan.
Cubalah...

Friday 26 August 2011

Air Asam Untuk Ikan Bakar


Ikan yang siap dibakar  1 kg

bawang besar 2 labu dihiris halus
cili api 15 biji dipotong kecil
tomato 2 biji dihiris nipis
sedikit air asam jawa ( dijadikan air dgn air masak)
sedikit garam
sebiji air limau nipis.
***
Masukkan semua bahan dalam mangkuk (bawang, cili api dan tomato), masukkan air asam jawa, masukkan sedikit garam dan masukkan air limau nipis.

Bagi yg suka manis boleh tambah sedikit gula.

Sotong rebus hitam







Sotong 1/2 kilo (dibersihkan tanpa membuang perut hitamnya)
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula


Masukkan sotong dalam periuk, masukkan air agar sotong tenggelam, rebus sampai didih.
Masukkan sedikit garam dan sedikit gula, perlahankan api dan biar mendidih dan angkat.

Tuesday 23 August 2011

Kerabu Pucuk Paku



sedikit udang kering (dibasuh)
sedikit belacan
sedikit bawang dalam 4 ulas
sebiji bawang putih
cili merah 4 biji (sedikit cili api jika suka pedas)
(semua bahan di atas ditumbuk)

Pucuk Paku dikerat dan dicelor dengan air panas
sedikit kelapa goreng ditumbuk
1/2 labu bawang besar dihiris

* Semua bahan-bahan diatas ditumbuk dan dimasukkan ke dalam bekas yang berisi pucuk paku yang telah dicelor, masukkan kelapa goreng, kacau rata. Masukkan bawang besar yang dihiris. Rasa dan tambah garam jika suka. Boleh dimasukkan sedikit air asam jawa jika suka.

Resepi from Dr Zahara UNIMAS dan disesuaikan oleh Mckelate. Tq Dr Z.

Sambal Jering




Jering secukupnya dibuang kulit dan dibelah dua (digoreng dengan minyak sampai masak)
Ikan bilis 2 gengam (digoreng)
Cili merah 2 biji/cili kering (ditumbuk/blend)
bawang merah 4 ulas (tumbuk/blend)
sedikit garam dan serbuk perasa
***

Tumis bawang dan cili yang dimesin sampai garing
Masukkan jering yang digoreng
Kacau sampai mesra
Masukkan ikan bilis yang digoreng
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.Kacau
Angkat bila masak.

* Terima kasih Dr Zahara@ UNIMAS yg berkongsi resepi ini.

Bubur Lambuk

Resepi ini dari Chef Sabri yang selalu bersiaran di IKIM. Boleh cuba, sangat sedap
walaupun ringkas. Terima Kasih Adillah UNIMAS kerana  berkongsi resepi ini.

Bahan-bahannya:

Sukatan ikut anggaran masing2:
Beras (agak-agak, jangan banyak. Bubur lambuk ni ala2 pekat baru panggil
bubur lambuk)
Udang kering
Sup bunjut ADABI
Serbuk perencah sup / serbuk kurma (bubur lambuk HEPA guna)
serbuk perasa nasi goreng ADABI
Daging potong kecil2
Santan (masuk bila semua dah sebati)
Daun pandan
Garam
Air

*tak perlu tumis, rebus sekali semua.  Untuk dapatkan bubur yang cantik,
masak atas api kecil sahaja

Itu saja, selamat mencuba :)

Nekbat (Kelantanese Dessert)


Buah nekbat beli yang sudah siap (simpan dalam fridge sebelum guna)
Air secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan/bunga cengkih

***
Jerang air di atas dapur sehingga mendidih
Masukkan gula
Bila gula hancur masukkan buah nekbat.
Tutup api dan biarkan buah-buah nekbat itu menyerap air gula
Jika suka berkuah lebihkan air dan lebihkan sedikit gula.
Masuk dalam fridge sebelum dihidangkan.

Monday 22 August 2011

Kari Tulang Mckelate's Special


Ramai penggemar my kari tulang, tak pastilah apa yg menyebabkan ianya sedap.
Sebenarnya i main campak-campak sahaja... hehehe...

5 ulas bawang dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
rempah kari 5 sudu
santan pekat 2 cawan
1 keping asam keping
minyak untuk menumis
sedikit gula dan garam
ubi kentang dibuang kulit dan dibelah 4
2 cawan air

***
Tumis bawang, bawang putih dan halia sampai wangi dengan sedikit minyak
Masukkan serbuk kari dan tumis sampai wangi, masukkan tulang dan masukkan air.
Rebus tulang bersama air tersebut sampai didih ( daging pada tulang lembut)
Kemudian bila tulang dan isinya dah agak-agak lembut, masukkan santan dan kentang.
Biar ia mendidih agak lama dan kentang masak.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Ianya sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau dimakan bersama roti.

Selamat Mencuba

Acar Segera Mckelate


1 biji timun batang (dipotong panjang dan buang empulurnya)
1/2 batang keret (dipotong panjang -nipis2)
3 keping nenas (dibuat kiub atau beli dalam tin)
1 biji  cili merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
sedikit cuka
sedikit garam dan gula

***
Dalam mangkuk yg sesuai, masukkan gula,garam dan cuka,kacau rata-rata sampai hancur.
Masukkan bawang dan cili, rasa  sesedap rasa
Masukkan  bahan-bahan yang sedia, timun, karet,nenas dan dikacau rata.
Acar ini sedia utk dimakan dengan nasi minyak/nasi hujan panas atau dihidang bersama kari daging/ayam atau ikan.


Yummy Jus Avocado Mckelate


 1 biji buah avocado yang masak (dibelah dua dan diambil isinya)
3 gelas susu fresh milk
sedikit gula (ikut manis sesedap rasa)
5 ketul ais kiub

***
Masukkan isi avocado dalam blendder
Masukkan susu fresh milk
Masukkan sedikit gula
Masukkan ais kiub
Semua bahan di atas diblend sehingga hancur dan menjadi seperti ice blended.
Masukkan dalam gelas dan minum semasa cuaca panas atau panas badan.
Ianya sangat cooling.


Selamat mencuba!

Resepi Lasagna Mckelate (mudah dan simple)




Lasagna sheets yang ready made:  dalam kotak (250g) -cari yg oven ready
Dolmio Mushroom -550g (dalam botol ready made)
1 paket minced meat atau minced chicken
Karet 1 batang dipotong dadu
Mushroom  2 mangkuk
Bawang besar sebiji dipotong dadu
Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis)
Lada sulah
Garam secukupnya
***
Filling:
Tumis bawang dan bawang putih dengan sedikit minyak, bila naik bau masukkan karet dan kacau,bila karet layu, masukkan  mushroom/kulat. Kemudian masukkan minced meat dan seterusnya masukkan Domio Mushroom, kacau sekali sekala dan masukkan sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.  Bila masak biarkan sejuk.

Sos Keju/Cheese Sauce

Butter 100 gram
susu fresh milik 2 cawan
2 sudu tepung gandum dilarutkan dalam 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit Mozarella cheese
***
Panaskan butter dalam kuali.  Bila cair masukkan tepung yang dicairkan,kacau...masukkan susu fresh milk dan masukkan cheese.  Kacau sampai pekat dan tutup api dan biarkan sejuk.

Toping
Mozarella Cheese (shredded) ditabur disetiap lapisan dan lapisan di atas sekali.

Caranya:

Masukkan bahan-bahan filling dalam bekas yg sudah disapu mentega.  Ratakan. Masukkan Filling sos,
masukkan sos cheese, taburkan shredded cheese dan lapiskan lagi dengan lasagna sheets.  Patahkan lasagna sheets untuk menutup kawasannya yg hujung dan tidak tertutup. Lakukan seterusnya bagi setiap lapisan.  Buat dalam 4 lapisan.  Pada lapisan akhir masukkan filling, sos cheese dan taburkan shredded cheese. Kemudian bakar dalam 35-40 min dalam suhu 180 darjah.

Selamat mencuba!

Friday 19 August 2011

Sambal Belacan



Cili merah 4 biji
Cili api segengam (8 biji)
asam limau nipis/air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
belacan (dibakar garing)
****

Masukkan semua bahan dalam blender atau dalam lesung utk ditumbuk atau blend bersama air asam limau atau air asam jawa dan belacan.  Jangan masukkan air.  Masukkan garam dan gula sedikit, blend atau tumbuk. Bila sudah lumat rasa masin tawar dan tambah mana-mana yang kurang.

Tips:Boleh hiris tomato dan kulit limau kasturi untuk dimasukkan dalam sambal belacan utk menambah aroma dan kesedapan jika suka.


Sayur Pedas Petola


Lada hitam 2 sudu
bawang merah 3 ulas
sedikit garam
air secukupnya
petola dipotong

***
Masukkan air dalam periuk
Masukkan lada hitam dan bawang yang ditumbuk
Jerang sampai mendidih
Masukkan garam dan masukkan serbuk perasa jika suka.
Makan dengan nasi panas-panas dan ikan masin/kering.

Thursday 18 August 2011

Kari Ikan Kurau Masin

1/2 ekor Ikan Kurau Masin  dipotong kecil
bawang besar 1/2 labu
bawang putih 2 ulas
halia 1/2 inci
sedikit kari ikan
sedikit garam
1 keping asam keping
santan 1 mangkuk
sedikit air
1 biji kentang dibelah 4
sedikit garam (secukup rasa)
***
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak
Bila wangi dan bawang layu masukkan serbuk kari
Kacau rata
Masukkan sedikit air dan masukkan ikan.
Masukkan santan,asam keping dan kentang 
Biarkan mendidih dan kentang empuk
Angkat dan hidangkan.

TIPS: Kentang digunakan bagi gulai ini tidak begitu masin

Lontong


Kuah Lontong/Lodeh

Tempe digoreng dan dipotong dadu
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 biji terung (dibelah dan dipotong kecil)
1 biji karet (dipotong memanjang)
2 ikat kacang panjang (dipotong pendek)
sedikit kobis (dipotong kecil)
soun direndam dalam air
tauhu kering direndam dalam air.

Bawang besar  2 labu sederhana besar dihiris.
Bawang merah 6 biji ditumbuk dengan 1/2 inci kunyit
udang basah dalam semangkuk ((dibuang kulit)
Santan pekat 3 cawan ditambah jika suka kuah banyak
Garam secukup rasa.
6 biji cili merah/hijau dihiris

***
Masukkan bawang merah dan kunyit serta udang dalam periuk yang berisi santan.  Jerang di atas dapur sehingga mendidih.Masukkan semua bahan sayuran , tempe, tauhu, soun bawang besar, cili merah/hijau, soun dan tauhu kering ke dalam kuah. Masukkan garam secukup rasa. Bila sayur layu,bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit/ketupat dan sambal ikan bilis serta telor rebus.

Tuesday 16 August 2011

Pulut Ikan Masin


Dua cawan pulut dimasak dengan air sama paras dengan beras pulut tadi
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam
Ikan Masin digoreng
Telor dadar digoreng

****
Pulut dihidangkan dengan kelapa parut  dan ikan masin dan telur dadar
Paling enak dimakan dengan air Teh O

p/s  Pulut ikan masin ini sangat digemari oleh arwah mok dan che serta kegemaran my dad juga dan diwarisi oleh anakku Fadly dengan menjadi makanan kegemarannya juga.

Sagupal (Kelantanese Dessert)


Sagupal dikenali di Kelantan.  Mungkin ianya mendapat nama kerana dibuat daripada
sagu dan dikepal bulat . SAGU+KEPAL = SAGUPAL  :))




Sagu biji kecil satu paket kecil  (cukup utk sekeluarga 6 orang)
air panas sedikit
santan  2 cawan (separuh periuk tambah air jangan pekat sangat)
garam dan gula secukup rasa
daun pandan
sedikt halba

*****
Sagu dikacau dengan air panas dgn sudu sedikit -sedikit sampai menjadi doh dan tak lekat dibekas.
Basuh tangan , bulat-bulat seperti gambar di atas.
Bulatkan semasa masih panas atau suam supaya doh tidak menjadi keras. Letak di atas dulang.
Bulatkan sampai habis.

Dalam periuk,masukkan santan dan masukkan bebola sagu tadi, masukkan daun pandan dan biarkan mendidih.  Bila bebola sagu sudah masak,masukkan gula dan garam secukupnya.
Kemudian angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

TIPS:  Tangan kena dibasuh dengan air/celup dalam air semasa membuat bebola sagu 
supaya doh tidak lekat di tangan.
Kuah sagupal ini boleh dipekatkan dengan memasukkan sedikit air tepung beras.

Popia Goreng


2  paket Pastry Popia

Inti:

Sebiji sengkuang dihiris memanjang/boleh juga diparut
1 biji karet dihiris memanjang/boleh juga diparut
Taugeh 1/2 kilo
Udang 250gram/semangkuk
Isi Ayam jika suka

Bawang putih 1 labu (8 ulas) ditumbuk halus dengan sedikit udang kering
sedikit minyak utk menumis
sedikit garam dan gula

***

Tumis bawang yang ditumbuk dengan udang kering sehingga wangi,masukkan udang dan seterusnya masukkan semua sayuran.  Bila dah layu masukkan sedikit gula dan garam, angkat dan tapis supaya semua air keluar.  Inti ini sedia utk digunakan.  Masukkan inti dalam kulit popia dan lipat seperti biasa.  Buat seterusnya dan goreng sehingga masak.

Kuah


Cili kering 10 tangkai dimesin.bersama 5 ulas bawang putih
Gula nise atau gula apung atau gula melaka
air secawan dicamnpor dengan 3sudu besar asam jawa (paste)
*** \
Masukkan kesemuanya ke dalam periuk, didihkan dia sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Masukkan garam secukup rasa.  Tambah air asam jawa jika terlalu pekat.  
Tips: Jika terlalu cair tambahkan gula dan garam dan biar didih sampai pekat (dikacau sekali sekala)
Kuah ini juga sesuai utk dimakan dengan Tauhu Sumbat


Monday 15 August 2011

Roti Canai


Tepung gandung  1/2 kilo
Fresh milk 1/2 cawan
Air dengan sedikit garam (dikacau bersama menjadi air garam)
Gula 1 sudu besar
Marjerin  atau minyak utk memerap

***
Tepung gandum diuli bersama susu fresh milk,gula  dan air garam diuli sebati sehingga menjadi doh di atas papan pencanai.  Uli sehingga lembut.  Buatkan bulat-bulat sebesar bola pinpong, sapu dengan marjerin dan perapkan dalam 2 jam.  Buat begitu utk yang lainnya sampai habis.  Seelokknya kalau buat malam, disediakan utk makan pagi keesokkan harinya.

Bila selesai memerap, ambik roti tadi dan kibar mcm mamak atau kalau tak pandai,letakkan di atas dulang besar dan tarik-tarik dia, lipat dan tekan- tekan.  Boleh jugak digulung dan tekan seperti roti bom. Digoreng dengan sedikit minyak.

Selamat mencuba, boleh dimakan bersama kari atau susu pekat atau gula.

TIPS:  Boleh menggunakan minyak, masukkan bebola canai yang dibulatkan macam bola pinpong dan rendam dlm minyak (minima 2jam-lebih lama lebih lembut).  Seelokknya kalau buat malam, disediakan utk makan pagi keesokkan harinya.

Boleh juga dibuat roti canai segera dengan menggoreng separuh masak dan simpan dalam pendingin beku dalam peti ais.Bila nak digunakan keluarkan , dan goreng seperti biasa.

Tauhu Sumbat Mckelate



6 keping Tauhu sumbat dibelah dua dan digoreng 
 1 batang timun diparut
1 batang keret diparut
 1 biji sengkuang dihiris memanjang
sedikit taugeh jika suka.

****
Tauhu yang digoreng dibelah tengah dan masukkan bahan-bahan yang diparut 
dan dihris tadi serba sedikit ke dalamnya sebagai inti..
Buat begitu sehingga selesai.  Pastikan inti yg berisi sayur-sayuran tadi dalam keadaan padat.

Kuah Tauhu Sumbat

 Cili kering 10 tangkai dimesin.bersama 5 ulas bawang putih
Gula nise atau gula apung atau gula melaka
air secawan dicamnpor dengan 3sudu besar asam jawa (paste)
*** \
Masukkan kesemuanya ke dalam periuk, didihkan dia sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Masukkan garam secukup rasa.  Tambah air asam jawa jika terlalu pekat.  
Tips: Jika terlalu cair tambahkan gula dan garam dan biar didih sampai pekat (dikacau sekali sekala)
Kuah ini juga sesuai utk dimakan dengan popia goreng atau popia basah.

Selamat mencuba!


Pulut Durian & Bubur Durian



10 ulas durian atau lebij
Santan pekat dua cawan dicampur sedikit garam ( perah santan dengan air masak suam)
Beras pulut dua cawan (dimasak dengan air . Tips : Pastikan paras air sama dengan paras beras pulut untuk nasi pulut yang sedap)
Gula atau nise (spt dalam gambar) atau gula Melaka atau gula apung

***
Masukkan santan, pulut dan durian dalam pinggan, masukkan gula/nise dan sedia untuk dimakan.


Bubur Durian

Durian 10 ulas
Santan separuh periuk atau 2 cawan santan pekat
Gula atau nise secukup rasa.
Daun Pandan
Sedikit garam

***
Masukkan durian, santan, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masak hingga didih.
Masukkan sedikit garam.
Angkat, sejukkan dan simpan dalam peti ais.
Makan dengan roti atau pulut.


Sunday 14 August 2011

Mee Sop Mckelate's Special (Resepi warisan keluarga)



1/2 kg daging or tulang (boleh ganti ayam jika suka)
mee 2 bungkus utk makan 6 orang (dicelor)
bawang putih 2 labu ( dalam 16 ulas atau lebih ditumbuk halus)
lada hitam/black paper serbuk (paling best yg biji2 ditumbuk halus (agak2 secukup rasa)
tomato sos dalam 1 senduk atau 5 sudu besar
cuka 3 sudu besar
garam secukup rasa
kicap masin 1 senduk/5 sudu besar
minyak masak satu senduk

Caranya:

1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Masukkan bawang putih dan lada hitam, tumis sampai berbau/sedikit garing
3. Masukkan daging dan masukkan air separuh periuk yg sederhana besar
4. Bila dah didih dan daging dah lembut, masukkan garam, sos tomato,masukkan cuka dan kicap.
5. Biarkan didih dan rasa masin tawar.
6. Bila dah secukup rasa, angkat
7. Masuk mee dalam mangkuk dan letak hiasan dan masuk sop tadi.
8. Makan panas-panas dengan sambal kicap pedas


Hiasan
Telor rebus
sayur sawi dicelor/kobis pun boleh
cili merah dihiris
tauhu goreng dipotong dadu
udang rebus


Sambal Kicap

1. cili padi segengam

2. kicap masin

3. 2 ulas bawang putih

Cili padi dan bawang putih ditumbuk, masukkan sedikit garam, masukkan kicap masin dan tambah sedikit gula jika suka.

Selamat Mencuba.


TIPS:  Sayur tu boleh dipelbagaikan. Mee boleh ganti dengan mee hoon atau spagetty (biasa masa i di ober sea dulu, masa rebus i masuk sedikit kunyit, nampak cam mee la, be creative ok  :))

p/s Terima kasih kpd mek/ibuku yg mengajarku resepi mudah ini. Love u mek :))

Resepi Puding Karamel Mckelate's Special

Bahan Gula Hangus:

Gula 1/2 cawan
Digoreng tanpa minyak sehingga jadi gula hangus.
Masukkan dalam bekas untuk mengukus puding, sejukkan

Bahan puding:
5 biji telor ayam
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (boleh kurangkan sikit jika x suka manis)
1 sudu teh tepung kastard (utk yg suka nampak kuning)

Cara:
masuk telor dalam blendder, blend dgn gula sampai kembang.
Masukkan susu cair dan blend lagi sampai sebati
masukkan sedikit tepung kastard.
Masukkan dalam bekas yg dah dimasukkan gula hangus tadi.
Masukkan dalam periuk kukus dan kukus sampai masak.

Puding ni paling sedap kalau dihidang bersama buah campuran (yg dalam tin).

SELAMAT MENCUBA!

Roti Telor


 Roti Whole Meal 8 keping
Telor 4 biji
Bawang besar  1 labu besar dihiris
Cili merah 2 biji (( dihiris)
sedikit garam
***

Kacau telor dengan sedikit garam
Masukkan bawang dan cili merah
Rendamkan telor, balikkan
dan goreng dengan sedikit minyak dalam kuali
Bila agak garing, balikkan.
Buat begitu sampai habis, boleh makan dengan sos cili panas-panas.

Bubur Kacang



Kacang hijau 300 gram
Santan pekat  cawan
gula merah/nise/gula apung/gula biasa secukupnya
sedikit garam
daun pandan

***
Kacang hijau direbus sehingga empuk
Masukkan santan dan gula/nise
Masukkan sedikit garam
masukkan daun pandan
Bila didih bolehlah diangkat

Paceri Nenas


Nenas 1/2 biji atau  1 tin nenas dalam tin
bawang merah 4 ulas dihiris
bawang putih 1 ulas dihiris
1/2 inci halia
1 paket kerisek segera
rempah kari 3 sudu besar
sedikit minyak menumis
sedikit rempah menumis
sedikit garam dan gula
santan pekat 1 cawan

****
Tumis rempah tumis, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan serbuk kari dengan sedikit air, kacau sehingga garing.
Masukkan santan dan nenas
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan kerisek.
Bila nenas masak, bolehlah dihidangkan.

Kari Ketam


Ketam 8 ekor dibelah dua
Santan pekat 2 cawan
Bawang merah 6 ulas - dihiris
Bawang putih  ulas-dihiris
Halia 1 inci-dihiris
Serbuk kari 5 sudu besar
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula/nise
Minyak utk menumis

***

Panaskan periuk,masukkan sedikit minyak utk menumis.
Masukkan bawang, bawang putih dan halia.  Tumis sampai naik bau.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air, tumis sekejap.
Masukkan santan dan ketam.
Tunggu sampai didih dan masukkan garam, gula dan asam keping.
Bila ketam sudah masak bolehlah diangkat.

Selamat mencuba!

Sambal Udang

Udang  1 kilo

Bahan Mesin:
Bawang besar 2 labu
Cili kering 10 tangkai
Bawang putih 1 labu (( 10 ulas)
1/2 inci halia jika suka

1 batang serai dititik
sedikit minyak menumis
1 keping asam keping/asam jawa
sedikit garam dan gula

***
Tumis bahan yang dimesin bersama sedikit minyak sampai garing dan berbau wangi.
Masukkan garam dan gula serta asam keping.  Masukkan udang dan serai yang dititk.
Kacau rata dan rasa masin tawar dan bila udang masak angkat.
Masukkan cili merah sebagai hiasan. Tabur daun bawang dan daun sop.

Tips: Masukkan sedikit air atau santan pekat  jika suka berkuah , tunggu sampai didih sebelum diangkat.

Ikan Masak Lemak Cili Api


Ikan Kembung/Mckerel/Tenggiri (ikut suka)
Bawang 5 ulas
cili api 8 biji (tambah kuantiti jika suka pedas)
serai dititik (jika suka)
Santan separuh periuk (ikut banyak ikan)
Asam keping 2keping
Garam secukup rasa
Cili hijau/merah

****
Cili dan bawang ditumbuk.  Masukkan ke dalam periuk bersama santan.  Masukkan ikan dan serai. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.  Masukkan cili merah atau hijau.
Masak sampai mendidih dan angkat.

Tips:  Boleh masukkan belimbing besi  (dihiris)/ kacang panjang (yg dipotong)  bersama dalam kuah jika suka sebelum diangkat

Sambal Sardin


I tin sardin yang besar ((dlm sos tomato)

Bahan-bahan yang dimesin:
Bawang besar  11/2  labu
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 8 tangkai (masuk lebih jika suka pedas)
Mesin sampai lumat

Hiasan:
Tomato  biji
Cili merah  2 biji
Bawang besar 1 labu dihiris/mayang

***
Tumis minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimesin sehingga garing dan naik bau
Masukkan sardin, dengan sosnya sekali
Biarkan ia mendidih.
Masukkan asam keping 1 keping atau sedikit asam jawa
Masukkan sedikit garam
Bila dah sesuai masin tawar,masukkan tomato yang dibelah empat dan cili merah ,bawang besar yg dimayang, kacau sedikit dan angkat
Sedia utk dihidangkan.

Tips: Kalau tersalah masin, boleh masukkan kentang...

Saturday 13 August 2011

Jemput-jemput Bilis


Tepung gandum 1/2 kilo
Ikan bilis,dibuang perut ( 2 genggam)
Telor ayam 2 biji
Bawang besar 2 labu besar dihiris
sedikit garam
sedikit air panas
sedikit air sejuk
Minyak untuk menggoreng
***
Tepung gandum, ikan bilis,telor dan bawang digaul dalam bekas dan masukkan air panas,dan sedikit air sejuk.
Kacau sehingga sebati dan pekat.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng seperti biasa.
Hidang dengan cili sos dan sedap dimakan panas-panas

Pengat Keledek


Keledek Pelbagai warna (putih, purple,kuning) dibuang kulit dan dipotong dadu
Santan separuh periuk
gula secukup rasa
sedikit garam
daun pandan

***
Masukkan santan dalam periuk bersama keledek yang telah dipotong dadu,
Masukkan daun pandan
Panaskan periuk di atas api
Bila didih,masukkan gula serta sedikit garam
Bila keledek dah masak, sedia untuk diangkat.


Tips:  Kalau keledek yang lambat empuk, keledek boleh direbus dahulu sebelum dimasukkan santan tapi pastikan ianya separuh masak supaya tidak hancur dalam santan nanti.

Sira Pisang


Pisang yang sederhana masak.  Jangan yang masak ranum (cth pisang nangka)
Sedikit gula ikut manis
Secawan air
Daun pandan/ bunga cengkih.
(Bagi yang tinggal di luar negara, pisang yang biasa diguna untuk makan boleh digunakan cuma, pastikan dia tidak masak ranum, pilih yang sedang-sedang)

***
Masukkan pisang dalam periuk
Masukkan air
Masukkan gula
Masukkan daun pandan atau bunga cengkih
Dan rebus sampai mendidih.
Tambahkan air jika suka berkuah sedikit.
Gula sesuaikan ikut selera.
Masukkan secubit garam utk rasa

Sira Tapai Ubi
Boleh menggunakan cara yang sama spt resepi di atas.

Buah Melaka



2 Cawan tepung beras pulut
4 sudu besar tepung beras
air secukupnya
sedikit kapur ( 1/4 sudu teh dicampor dengan air)
Air daun pandan atau pandan paste
Nise/gula melaka/gula apung
Kelapa parut putih yg dicampur dgn sedikit garam


***


Tepung beras pulut dan tepung beras digaul bersama air yg dicampurkan sedikit kapur.
Gaul sebati sehingga tidak melekat di tangan dan dibekas.
Kemudian masukkan air daun pandan atau pandan pasti.
Gentel bulat-bulat dan masukkan nise atau gula Melaka/gula apung di dalamnya. Tutup dan bulatkan elok-elok agar tidak pecah.


Masukkan dalam periuk yang airnya mendidih.
Buah Melaka yang masak akan timbul di atas permukaan air.
Angkat dan sejat serta golek atas kelapa parut (putih) yang telah dikacau dengan sedikit garam


Tips:  Masukkan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup kalau lambat makan utk memastikan kelapanya segar dan sedap.


Selamat mencuba!

Cik Mek Molek



Ubi Keledek sekilo dibuang kulit dan direbus bersama air dgn sedikit garam sampai empuk
Kemudian sejat dan ditumbuk
Masukkan tepung gandum  sedikit-sedikit.
Anggaran tepung ialah sedikit sahaja iaitu tiga mangkuk ubi keledek yg ditumbuk, 1/2 mangkuk tepung gandum. (kalau lembik, tambahkan tepung sedikit)
Asal tak lekat ditangan dan boleh digentel dah boleh dah,
Tabur sedikit tepung pada papan pencanai, bulatkan doh besar sedikit daripada bola pingpong dan gelek bulat, angkat letak ditangan.  
Masukkan sesudu gula pasir dan tutup.  Pastikan semuanya bertutup rapat dan lonjongkan sedikit doh yg ditutup tadi.  Buat begitu seterusnya sampai doh tadi sedia digoreng.
Panaskan minyak, masukkan cik mek tadi dan goreng sampai garing.
Hidangkan utk minum petang dengan Teh O....


Tips: Biar terkurang tepung jgn terlebih nanti kueh menjadi keras


Selamat Mencuba...

Friday 12 August 2011

Sayur Lemak



Sayur terung/kacang panjang/kangkung  (all in one atau boleh guna satu jenis sahaja)
sedikit tempe dan tauhu jika suka
Bawang merah 4 ulas ditumbuk atau dihiris
3 biji cili hijau besar (cili solok lada) atau cili merah dihiris
Santan pekat  setengah periuk (anggaran sayur tenggelam bila dimasukkan ke dalam periuk bersama santan)
sedikit garam
sedikit isi ikan rebus atau ikan bakar.

Masukkan semua bahan ke dalam periuk setelah santan mendidih. Bila didih masukkan sedikit garam dan gula.  Bila sayur sudah layu boleh diangkat. Hidang sayur bersama ikan goreng, ikan masin /telor masin dan enak juga dimakan bersama budu.

Selamat mencuba!

Butir Nangka Kelantanese Dessert



DOH:
2 Cawan tepung beras pulut
4 sudu besar tepung beras
air secukupnya
sedikit kapur ( 1/4 sudu teh dicampor dengan air)
Air daun pandan atau pandan paste
sedikit halba
gula ikut manis
sedikit garam


KUAH
Pertama buat Kuah dahulu

Santan separuh periuk sederhana besar
daun pandan
sedikit garam
gula pasir/nise/gula apung ikut manis
sedikit halba ( sudu besar)
***
Masukkan kesemuanya dalam periuk
Tunggu sampai didih dan dikacau sekali sekala
Bila masak rasa masin tawar
Kalau suka pekat,masukkan satu sudu tepung beras,bancuh dgn air dan masuk dalam kuah
Kacau dan angkat.

Butir Nangka:
Tepung pulut dan tepung beras digaul dalam bekas
Masukkan air yg dicampur dengan kapor sedikit-sedikit sehingga tepung menjadi keras dan tidak melekat pada tangan dan bekas.
Bahagi dua , satu dimasukkan air pandan supaya menjadi hijau, satu lagi biarkan warna asal.
Bulatkan mcm buat buah Melaka dan leperkan masukkan dalam periuk bila air mendidih. Buat kesemuanya begitu sampai habis.
Butir nangka akan naik ke atas bila masak.
Angkat dengan tapis, sejat sekejap dan masukkan dalam periuk berisi kuah.



Butir Nangka Berinti

Caranya sama seperti di atas cuma semasa gentel adunan macam buah Melaka,masukkan nise (sejenis gula buatan drpd nira kelapa di Kelantan) ditengahnya, leperkan dan buat seperti cara di atas.

Bagi kuah Butir Nangka Berinti, biasanya kuahnya tidak dimasukkan gula kerana butir nangka sudah sedia manis dengan intinya.

Selamat Mencuba!!

Thursday 11 August 2011

Ayam Masam Manis



Ayam 1/2 kilo ( diperap dengan sedikit garam dan kunyit  dan digoreng )
Cili merah 3 tangkai
Cili api 5 biji
Cil kering 7 tangkai
Bawang  besar  3 labu
Bawang putih 1 labu
halia 1 inci
Semua bahan ini dimesin halus ( kalau suka pedas tambahkan jumlah bahan-bahan di atas)

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tumis bahan-bahan yang dimesin sampai naik bau
Masukkan sedikit cili sos
Masukkan sedikit tomato sos
Masukkan sedikit cuka/air asam jawa
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ayam goreng tadi.
Hidangkan dan hiaskan dengan tomato, timun dan cii merah

Senang dan mudah, selamat mencuba

Soto Ayam

<



Bahan A
Ayam  setengah ekor (dibuang kulit dan direbus bersama rempah sop diangkat dan dicarik-carik)
Air separuh periuk digunakan utk merebus ayam
Rempah sop serbuk adabi, 1 paket kecil
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bawang besar 2 labu, bawang putih 2 ulas dan 1 inci halia dihiris

Caranya:
Tumis bawang besar,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak
Masukkan air 3/4 periuk dan biar mendidih
Masukkan ayam dan rempah sop
Bila ayam masak angkat dan siatkan2kan isi ayam.
Kuah tadi biarkan rasa masin tawar dan sedia utk dihidang.

Sambal Kicap

6 biji cili api (lebih jika suka pedas)
seulas bawang putih
Tumbuk keduanya sampai agak lumat
Masukkan dalam bekas dan tambahkan kicap
Sedia untuk dihidang

Pergedil Kentang

1/2 kilo kentang dibuang kulit dan diirebus
Kemudian dilenyek sampai hancur
Masukkan lada sula
Masukkan garam sesedap rasa
Masukkan minced meat atau minced chicken atau ikan bilis
Masukkan sedikit daun bawang dan daun sop yang dihiris
Masukkan sedikit bawang goreng.
Kacau sebati,  bulatkkan leper
Celup dalam telor (yang telah dikacau dalam bekas) dan goreng
Bila masak angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sediakan mee atau mee hoon yg dicelur terlebih dahulu atau boleh juga dimakan dengan nasi impit.
Taburkan hiasan, isi ayam yang dicarik, sambal kicap, pergedil , daun sop dan daun bawang dan hidangkan.


Nasi Impit Mudah/Ketupat Nasi


Caranya: beras dan air

1. Basuh beras bersih2
2. Bila dah bersih masukkan air.
3. Sukatannya 1 beras = 3 air
4. Lepas tu masak dalam periuk/periuk nasi cam biasa
5. Kacau sekali sekala
6. Bila nasi masak, masuk dalam loyang atau mana2 bekas.
7. Tekan dengan senduk sampai padat.
8. Boleh tekan pakai plastik tapi kena cepat2 takut panas.
9. Biarkan sejuk, dan kemudian bila sejuk, potong mcm biasa. Bahagian atas buang sedikit sebab keras kerana kering.

Selamat Mencuba!






Ikan Kukus


Resepi Mudah Ikan Kukus:

Ikan Kerapu atau siakap
basuh bersih
gaul dengan sedikit garam

Bahan-bahan lain:
bawang besar dihiris
bawang putih- dihiris
halia - dihiris
Tomato- dihiris
cili api dipotong (ikut pedas)
Masukkan 2 keping hirisan lemon yg dibuat kulit atau 1 sudu besar air limau nipis utk perasa masam
* tambah asamboi utk perasa jika suka/masukkan sayuran lain jika suka

Masukkan ikan dalam bekas yg nak dikukus
masukkan semua bahan yg dihiris tabur atas ikan
percikkan kicap masin
kukus sampai masak.

Puding Roti



Bahan-bahan:

2 plastik roti sandwitch (dicerai-ceraikan)
susu cair satu tin
gula 1 cawan (kalau suka manis lebihkan gula sikit)
santan 2 cawan
1 cawan air suam
marjerin 1/2 cawan atau 1/2 cawan minyak masak
telor 3 biji (dipukul sedikit)
secubit garam jika suka
kismis utk hiasan jika suka

* Kalau nak lebih lemak, lebihkan susu cair dan santan dan jgn masukkan air langsung. Mine resepi sihat kurang gula dan lemak. hehehe
Caranya:

1. Rendam roti dengan susu cair, santan dan juga air sehingga lembut
2. Bila roti dah lembut, kacau dan masukkan marjerin atau minyak masak, kemudian kacau lagi dan masukkan gula,secubit garam dan masukkan telor yg dipukul. Kacau rata2 dan masukkan sedikit garam.
3. Masukkan dalam loyang yg disapu marjerin atau minyak dan bakar.
4. Bila dah separuh masak, tabur kismis di atasnya jika suka.
5. Bakar dalam oven suhu dalam 160 darjah sehingga masak (pakai api bawah)
6. Biasanya masa masak, cucuk dgn lidi kalau tak melekat tu kira masak dan apabila bhgn atas nampak garing.
** Biasanya bila masak, dia kembang macam gambar dan kembali susut bila sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam fridge.

*kacau= kacau dgn sudip mcm biasa bukan pakai mesin letrik
selamat
 Selamat Mencuba!