Thursday 11 August 2011


















Nasi Dagang Mckelate

Resepi Nasi Dagang My Mum

Biasanya main baling2 ajer so pandai2lah sesuaikan ikut citarasa dan selera

Bahan A: Nasi Dagang
--------------------------​-
Beras pulut 1 pot (tin susu)/atau beras pulut merah khas utk nasi dagang

Beras wangi 3 pot

Santan pekat 1 gelas dgn sedikit garam

Bawang merah 3 ulas dihiris/mayang

Halia 1/2 inci/dimayang panjang2

Halba 1 sudu teh

Caranya:
Kedua-dua beras direndam 1 jam sebelum masak supaya kembang.
Tapis dan sejatkan dan kukus sehingga masak.

Bila masak,masukkan dalam besen besar dan kacau dengan santan,masukkan bawang merah,halia dan halba.

Bila sebati,masuk semula dalam periuk kukus dan kukus sekali lagi hingga masak.
(jgn lama nanti nasi jadi lembik)


Bahan B: Gulai Ikan Tongkol
======================
Ikan tongkol seekor yg besar dipotong kecil2 dan direbus sampai masak dengan air,sedikit garam dan 2 keping asam keping. Bila masak toskan airnya.

Santan dua cawan (atau lebih jika mahu kuah banyak)

Bahan-bahan ini dikisar:
cili kering 6 tangkai
bawang merah 5 ulas
lengkuas 1 inci
sedikit kunyit

Masukkan cili hijau atau merah utk hiasan

Caranya:

Masukkan santan dalam periuk. Masak sampai didih,
Masukkan bahan kisar, sedikit garam dan asam keping
Kemudian masukkan ikan tongkol tadi dan biar sekejap atas api,masukkan cili hijau atau merah 2 tangkai dan angkat.
Jangan lama sangat nanti pecah minyak.

Bahan 3: Acar
-----------------

Timun sebatang(potong memanjang)
Nenas sedikit(potong dadu)
Carot sedikit
Bawang besar dimayang
cili merah dua tangkai dihiris
caranya:
Garam +gula+cuka+cili dikacau sesedap rasa. Masukkan semua bahan2 tadi

Selamat mencuba! Makan dengan sambal belacan bagi yg suka pedas dan acar

No comments:

Post a Comment