Thursday 8 March 2012

Ikan Masak Sop Special & Teh Ais Madu di Kedai Haji Mat Pulau Pisang, Kelantan

Ikan Masak Sop Special & Teh Ais Madu di Kedai Haji Mat Pulau Pisang memang tidak asing lagi bagi penduduk di Kota Bharu, malah ramai juga yang bukan dari Kota Bharu pun sanggup datang bertandang ke Kedai Haji Mat atau lebih dikenali dengan nama  glamornya Pak Mat.
Kedai Pak Mat ni dibuka pada waktu pagi dan biasanya ditutup pada sebelah petang iaitu pada pukul 2 petang atau 3 petang...

Kedai Pak Mat yang diusahakan bersama isterinya biasa saja sama seperti kedai makan yang lain namun yang istimewa yang ada pada kedai Pak Mat ialah dua perkara iaitu Sop Ikan Special dan Teh Beng Ais Madu/Teh Ais Madu... memang sedap sangat dan diminati ramai.  Tambahan pula ikan yang digunakan ikan yang baru ditangkap, segar dan dibuat pula dengan resepi keluarga yang pernah dihidangkan kepada keluarga Diraja.  Sesiapa yang sudah merasa pasti hendak lagi...

 Mckelate sempat bergambar dengan Pak Mat dan isterinya 
yang sentiasa melayan pelanggan dengan ramah dan mesra

 Teh Beng Madu menjadi pilihan kegemaran ramai di Kedai Pak Mat


Sop Ikan Special yang menjadi pilihan utama pelanggan ke Kedai Pak Mat... 
sangat yummy cuba sekali pasti hendak lagi

 Makan bersama nasi panas-panas... pasti terangkat... emmmm sedapppp




 Daging goreng, Kari Ikan, Kari Ayam, Nasi berlauk ... semua ada di sini

Mckelate dan rakan-rakan selalu bersarapan pagi di sini terutama bila Mckelate berada di Kelate...


Friday 2 March 2012

Kek Gula Hangus Pn Mazlini Abdullah




1 1/2 cup gula kasar
2 cup air panas
5 sdb margerin
3/4 cup susu pekat
2 cup tpg gandum
1 1/2 sdt s.bicarbonate
1 sdt b.powder
6 eggs(gred a)
2sdt vanilla essence
Goreng gula-masukkan air panas slow2. bila dah hancur, masukkan margerin.
Sejukkan.
Pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat n vanilla, tepung sikit sikit, then masukkan gula hangus tadi.
bakarrrrrrrr lerrr dlm +- 30 min suhu 180C
ada orang perap dulu adunan dlm 3-4 jam baru bakar. up to u laaa...
good luck......



me with Pn Mazlini Abdullah, penyumbang resepi yg yummy ini :)