Thursday 11 August 2011

Resepi Nasi Hujan Panas


Nasi Hujan Panas adalah sejenis nasi seperti nasi minyak dan popular di Kelantan terutamanya semasa kenduri kahwin/majlis pertunangan atau hari raya. Dimakan bersama kari ayam, kuzi ayam, dalca serta acar dan sambal. Cubalah.



Bahan-bahan

2 pot beras biasa/basmati
Marjerin 2 sudu
Rempah tumis serba sedikit
Bawang besar 1 labu ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas (dihiris)
Halia 1 inci (dihiris)
Daun pandan
Sedikit garam
Pewarna merah dan kuning telor
Pandan Paste
Kismis dan bawang goreng (hiasan):



Caranya:
Panaskan marjerin, masukkan rempah tumis dan masukkan bawang besar, bawang putih,halia yang dihiris.  Tumis sehingga garing dan angkat.
Beras yang sudah dibasuh bersama sukatan air yg secukupnya dimasukkan dalam periuk nasi. Masukkan bahan-bahan tumisan dengan sedikit garam dan masak seperti biasa.Masukkan daun pandan untuk nasi menjadi wangi.
Bila nasi hampir masak (airnya belum kering tetapi di bahagian atasnya dah membukit).  Titiskan pewarna di beberapa bahagian nasi dan biarkan (tutup periuk kembali).  Bila nasi masak betul, kacau sedikit agar warna-warna bercampur.
Hidangkan dengan ditabur kismis dan bawang goreng jika suka





No comments:

Post a Comment