Tuesday 31 January 2012

Resepi Bakso



Bahan-bahan

60g sawi - celur dan dipotong
60g bihun - celur dan toskan
60g mee kuning - celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - cincang

Untuk Kuah@Sup

Air rebusan daging secukupnya utk kuah
4 ulas bawang putih - cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi - cincang

1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)

Utk Bebola Daging@Bakso

400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan Hiasan

Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato
kicap manis

Cara-cara

Utk membuat bebola daging@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. 

Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus

* Resepi dari Internet

Saturday 21 January 2012

Mee Hailam Mckelate's Special


Bahan-bahan

2 paket mee atau 1 paket spegetty

PERENCAH
sedikit udang/Sotong/isi ketam (ikut suka)
sedikit ayam atau daging (ikut suka)
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
air secukupnya
sedikit tepung jagung dicampur dgn air (bagi memekatkan kuah)
bawang putih satu labu (ditumbuk lumat)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak utk menumis

HIASAN
sedikit taugeh
sedikit buah tomato
sedikit tauhu (goreng dan dihiris kecil utk hiasan)
sedikit daun sop dan daun bawang (dihiris halus utk hiasan)
sedikit limau nipis /kasturi (jika suka)
sedikit cili api/cili merah (dipotong jika suka pedas)
sedikit bawang goreng
Telor rebus dipotong empat utk hiasan

CARANYA:

Tumis bawang putih yang ditumbuk sampai sederhana garing.
Masukkan udang/sotong/isi ketam/ayam dan masukkan air.
Masukkan air yg nak dijadikan kuah separuh periuk dan masak sehingga air mendidih.
Masukkan kicap pekat dan kicap masin, sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masukkan tepung jagung yg dikacau dengan sedikit air bagi memastikan kuah pekat.
Tunggu sehingga semuanya mesra dan rasanya ok...
Sedia utk dihidangkan bersama mee yg telah dicelor...
Dan hias dgn bahan-bahan hiasan yg dinyatakan

TIPS

mee yg dicelor boleh digaul dgn kicap sebelum dihidangkan
spegetty boleh direbus dalam air yg dimasukkan sedikit kunyit supaya nampak macam mee (terutama bagi mereka yg berada di luar negara)

Selamat Mencuba!

Saturday 7 January 2012

Sliced Cheese Cake

5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 rgm butter
70 grm tepung gandum
70 grm caster sugar
4 biji telur gred A
beberapa titik esen vanilla

ptg/siat kecil2 slice cheese dan campurkan dengan susu segar dan masak di atas api perlahan sehingga cheese cair.pastikan kacau sentiasa.
selepas itu, masukkan butter dan kacau sehingga butter larut.
tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih dan merah telur....pukul putih telur bersama gula sehingga menjadi meringue (pekat).
Dalam bekas lain....pukul kkuning telur sehingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit..pukul sehingga adunan tidak berketul2.
Masukkan campuran cheese, susu dan butter...kacau sebati.
Akhir sekali masukkan adunan putih telur dengan kaedah kaup balik dan vanilla.
kacau sebati.

Bakar secara `bain marie' (letak acuan dalam bekas yg berisi air panas) pada suhu 170 c selama 20 minit dan turunkan suhu 140c bakar selama 40 minit

Thanks to My dearest Friend  Pn Aine Rahim @ Cik Nie for this special recipe...love it

Friday 6 January 2012

Grilled Prawn With Cheese



Ingredients:

8 large Prawns, cleaned

2 tablespoon Butter, soften

5 tablespoon Grated Parmesan Cheese
1/2 tablespoon grated Garlic

2 teaspoon Coriander stem, chopped
A pinch of salt

A dash of pepper (optional - you wouldn't need it if your prawns are fresh)

How to do it:
Preheat oven to 170C.
Mix all ingredients except prawns together and set aside.

Trim off the legs, antenna and the sharp thingy (whatever you call that) on the head off the prawns. :P

Slit the back of prawns, using either a kitchen scissor or knife.

Skew the prawn if you want the prawn to be 'straight'.
Stuff the slit back with the butter mixture.
Top with extra Parmesan cheese if you like.

Grilled till prawns are cooked and the stuffing is slightly brown.
Serve immediately.