Friday 15 November 2019

Bubur  kentang. Makan dgn roti sedap sengoti.
Senang jer...ni kak share resepi.

5 biji kentang ( buang kulit belah 4)
3  labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih( yg besar ya,  dihiris)
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
2 kiub ikan bilis
2 sudu marjerin/mentega
Susu segar 1/2 kotak (kotak besar)

Caranya:
Masuk marjerin dlm periuk. Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga lembut. Masukkan lada hitam & lada sulah.

Masukkan kentang dan masukkan air ,  agak2 melebihi isi kentang.  Masukkan kiub ikan bilis. Rebus & Tunggu hingga kentang masak. Angkat dan sejukkan dlm bekas/besen.

Bila dah agak sejuk,  masuk dlm blender dan kisar halus. Masukkan dlm periuk tadi dgn masukkan susu segar. Letak semula atas dapur dan tunggu hingga didih dgn dikacau  perlahan. Tambah garam jika tidak cukup masin. Bila dah didih,  hidangkan dgn roti. Yumm yumm.
P/s jika terlalu pekat tambah air atau susu.

#bolehsharesilakan
#cookingwith❤


Saturday 15 September 2018

Sura Kelate




Bahan- bahan :

Rempah sura 6 sudu besar
2 pot beras
1/2 kilo bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih, 1 inci halia & 1/2 inci lengkuas ditumbuk
4 batang serai dititik
Minyak 1 cawan utk menumis
Keledek 1/2 kilo
2 tin Jagung dlm tin
2 tin kacang merah
2 cawan Kacang hijau
1 mangkuk Daging (rebus & carik)
1 mangkuk ayam (rebus & carik)
Gula nise 4 keping
Gula 1 cawan ( ikut suka manis)
Garam 2 sudu besar.
Air 1 jug besar
Santan 2 kotak kecil

Cara

1. Beras & kacang rebus hingga kembang
2.Tumis bhn2 yg dimayang & ditumbuk...bila kekuningan masuk rempah.
2. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan nasi & kacang hijau.
4. Masukkan air 1 jug
5. Bagi didih.
6. Masukkan keledek & daging serta ayam
7. Rebus hingga semua hancur. Kacau jgn berhenti dgn api yg sederhana.
8. Kemudian masuk santan kotak 2 tin kecil.
9. Masukkan jagung & kacang dlm tin serta garam & gula.
10. Masuk kerisek 3 sudu. Kacau sampai likat.
11. Bila angkat sudip, dia jatuh pekat boleh berhenti dan sejukkan. Hias dgn bawang goreng.

Monday 11 June 2018

Resepi Semperit Susu





Bahannya
Butter 1 ketul
Susu pekat secawan
Tepung jagung 4 cawan
Esen vanilla 1 sudu teh


Caranya
Susu & butter dikacau rata, Sampai tidak berketul
Masuk esen vanilla.
Masuk tepung sedikit2 sampai tak lekat di tangan. Tambah tepung secukupnya
Kemudian masuk dlm acuan & tekan. Bagi tebal sikit bunga tu dan letak cheri di atasnya
Bakar dlm 10 minit dgn suhu 160 darjah.


Doh tu guna towel basah tutup supaya x kering
Nanti payah nak tekan
Jika doh kering, tambah sedikit margerin atau butter.

Senangkan. Cubalah.

Tuesday 13 June 2017

Resepi Larva Mckelate

1    
1   Ikan tamban setengah kilo. Buang tulang tengah dan cincang halus. Beli ikan tamban yg segar.


1     Limau nipis 3 biji, Daun kesum 1 ikat, Cili api ikut pedas...
Bawang merah 3 biji, Kacang panjang 1 ikat. Garam secukup rasa




     Daun kesum,kacang panjang dihiris. Cili api dan bawang merah ditumbuk lumat. Gaul semua dlm bekas dgn isi ikan tamban mentah tadi. Masukkan air limau nipis dan garam secukup rasa. Rasa masin tawar dan masam secukupnya. Sedia dihidang dgn nasi. Hidangan wajib my family di bulan puasa.   #resepimekambo
SELAMAT MENCUBA!

Monday 14 July 2014

Puding Roti Mckelate Special






Bahan-bahan

1 plastik roti sandwitch
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan gula
3 biji telor
1 paket santan segera
1 tin susu cair
1 sudu teh esen banana/vanilla

Cara Membuatnya:

Pukul telor dengan gula sehingga kembang dalam besen,.
Masukkan minyak masak, susu cair, kacau lagi
Kemudian masukkan santan paket
Kacau lagi dan masukkan air serta esen banana atau vanilla.
Kemudian roti disiat-siat kecil dan masukkan dalam bahan-bahan tadi
Kacau rata sehingga roti kembang dan hancur dalam adunan.
Kemudian masukkan ke dalam bekas pembakar yang telah dilumurkan dengan sedikit minyak.
Bakar dengan api atas bawah suhu 180 darjah selama 45 minit ( lebihkan kalau suka garing)
Bila masak keluar daripada acuan pembakar dan sejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti ais.  Puding ini enak dimakan begitu saja.

Selamat mencuba.

P/s  minyak masak boleh diganti dengan i ketul butter jika suka.

Friday 6 June 2014

Laksam Kelate Mckelate

Laksam Kelate

Bahan-bahan untuk laksam:

2 plastik tepung beras
13 cawan air suam
Sedikit minyak masak dan berus
loyang kukus
Periuk kukus

Bancuh tepung beras dengan air suam dalam besen
Kacau sehingga tepung larut dalam air dan dalam keadaan cair
Kemudian sapukan minyak masak dengan berus atau daun pandan pada loyang kukus
Masukkan ke dalam periuk kukus dan masukkan adunan air tepung ke dalamnya sesenduk  (pastikan nipis)
Kemudian kukus sehingga masak dan nampak tepung mengggelembung.
Angkat dan sejukkan...
Kalau dapat mesti ada 6 loyang kukus supaya ia senang sejuk dan dibuka daripada loyang
Dan gulung dia .  Letak diatas bekas berlapik daun pisang jika ada supaya aromanya wangi.
Cuba dulu satu atau dua loyang utk pastikan ianya masak dan nipis sebelum mengukus yg lain.











Cara membuat kuahnya:

1 kg ikan kembong
3 labu bawang besar
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 kg santan
4 keping asam keping/asam gelugur

Ikan direbus dan dibuang tulangnya kemudian dikisar.
bawang dan bawang putih dipotong kecil dan dikisar dengan sedikit air.
Masukkan ke dalam periuk sederhana besar
Kisar ikan dengan sedikit air tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama bawang
Masukkan santan dalam 1/2 kg dan biar ia nampak berkuah dan pekat dengan ikan
Tambahkan air jika terlalu pekat
Masukkan asam keping dan rebus sehingga mendidih
Bila mendidik, tutup api dan kacau dia di atas dapur sehingga sedikit sejuk supaya kuah dia cantik dan tak b berketul
Hidang dengan laksam






Bahan hiasan:

Taugeh
Timun dimayang atau diparut
Kacang panjang
sambal cili (cili kering yg direndam dalam air panas, sejat dan dikisar bersama sedikit garam)
cili api dipotong
serunding
telor burung puyuh

Hidangan sesuai untuk 8 - 10 orang
Selamat mencuba dan menjamu selera





p\s kuah yg sama boleh dihidang dengan laksa,

Saturday 24 May 2014

Kek Pandan Mckelate


1 cawan  butter/marjerin (250 g)
1 cawan gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis
5 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum naik sendiri
3 sudu kecil  minyak masak
1 sudu kecil esen vanila atau esen pisang
sedikit Pandan Paste

Caranya

Panaskan oven 170 dan alas acuan dengan kertas dan sapu acuan dgn marjerin.
Pukul telur dgn gula
masukkan butter
masukkan esen dan minyak masak
masukkan tepung
bahagikan kepada 2 adunan (warnakan dengan pandan paste 1 agak lighter/muda, dan satu lagi lebihkan warna agar nampak terang/tua kehijauannya
masukkan ke dalam bekas yang warna tua dan diikuti yg warna muda di atas
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam
kemudian cucuk kek dengan lidi dan ianya bersih jika kek dah masak
selamat mencuba