Sunday 25 September 2011

Cornflakes Bermadu




1 kotak conrflakes besar
Kismis 3 kotak kecil
Cherry cincang
Gajus dicincang
Madu 1/2 cawan  (lebih jika suka manis)
Gula 3 sudu besar
butter 1 ketul /250gram
Paper Cup cakes kecil secukupnya

Caranya:
Masukkan butter dalam kuali dan panaskan sehingga butter cair
Masukkan madu
Masukkan gula, tunggu hancur dan masukkan kismis.
Kacau dan matikan api.
Masukkan cornflakes, gajus dan cherry.
Kemudian masukkan dalam cupcakes dan di bakar sekejap dalam oven sehingga cornflakes menjadi keperangan.

Tuesday 13 September 2011

Biskut Arab


Bahan-bahan

1 ketul butter atau 1 tin minyak sapi
Tepung gandum
gula halus

Caranya:

Gaul tepung gandum dgn butter atau minyak sapi sehingga menjadi doh
Buat bulat-bulat masukkan dalam dulang pembakar dan dibakar
Bila masak angkat dan biarkan sejuk.
Kemudian ditaburkan gula halus di atasnya dan masukkan dalam papercup.

TIPS: Cara yang sama tetapi masukkan peanut butter atau kacang ditengahnya sebagai inti dan digentel memanjang, jadilah kueh makmur.

Monday 12 September 2011

Apam Kukus Mckelate



Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
Gula secawan (ikut manis)
yis atau ragi instant 2 paket (11g=1 paket)
air secukupnya
Pewarna hijau/pandan paste dan merah

Caranya:

Masukkan tepung gandum dalam besen/bekas
Masukkan yis/ragi
Masukkan gula
Gaul rata dgn sudip
Masukkan air secukupnya sampai doh lembut dan pekat
Kacau rata dan biarkan 20min
Kemudian, acuan disapu minyak
Masukkan doh yg telah diwarnakan
Kukus hingga masak
1kg gandum biasanya boleh dapat dalam 48 biji apam yg gebu...
Hidangkan bersama kelapa yg dicampur dgn sedikit garam.
Sesuai utk hidangan pagi atau petang.

Saturday 10 September 2011

Ayam Pedas


1 ekor ayam digoreng dgn minyak

bawang besar 2 labu
bawang putih 4 ulas
cili kering 8 tangkai
1/2 in halia
*semua bahan ini dimesin

sedikit sos cili
sedikit garam dan gula
1 keping asam keping

Caranya:
Tumis bahan yang dimesin, bila wangi masukkan sos cili, garam dan gula serta asam keping
Masukkan ayam , kacau rata
Rasa sesedap rasa dan bolehlah diangkat.

Colek Nenas Kelate

1/2 biji Nenas sederhana  dipotong kecil
6 tangkai cili kering dimesin dgn sedikit air
Gula nise atau gula merah atau gula apung atau gula biasa

Caranya:

Rebus cili kering yang dimesin bersama sedikit air dan bila didih masukkan gula tadi dan garam dan biarkan sampai pekat.

Kemudian dicurahkan kepada nenas yang sudah dipotong dan sedia utk dihidangkan
Sesuai dihidangkan dengan nasi minyak dan nasi hujan panas atau pelengkap bagi gulai daging dan ayam

Nyicoh Perut Kelate

Perut lembu dibersihkan dan direbus dgn air  (3/4 periuk)
Bila masak, angkat sejukkan dan dipotong kecil
Bila mahu dihidangkan, panaskkan dan masukkan perencah iaitu garam, limau dan cili api dan rasa sesedap rasa. Hidangkan




sediakan asam limau, cili api dan garam untuk perencah



TIPS
Bila perut yg direbus sejuk, lemak-lemaknya akan membeku, ambil dan buang sebelum dipanaskan sekali lagi

Ikan Merah Masam Manis



Sediakan 6 keping Ikan merah dibubur garam kunyit dan digoreng


Bawang besar  1 labu
Bawang putih 3 ulas
cili merah 5 tangkai
1/2in halia
Kesemua bahan ini dimesin

2 labu bawang besar dimayang
2 biji cili merah dihiris
Kedua-dua ini adalah utk hiasan

Sedikit sos cili Thai
Sedikit sos cili dan sos tomato
mangga muda diparut 2 biji
garam dan gula secukupnya

----

Tumis semua bahan-bahan yang dimesin bersama sedikit minyak, bila wangi masukkan sos Thai, sos cili dan sos tomato.  Masukkan garam dan gula secukup rasa, masukkan ikan merah yg telah digoreng.  Masukkan cili dan tomato dan akhir sekali masukkan mangga muda yg diparut.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Monday 5 September 2011

Acar Umbut Kelapa Mckelate

Cili kering 10 tangkai
Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 2ulas
Halia 1/2in
Semua dimesin

Santan dijerang atas dapur sampai didih.Masukkan bahan yg dimesin
Kacau hingga pekat.Masukkan garam,gula,cuka kacau lagi dan masukkan umbut kelapa.
Bila umbut empuk dan rasa sesedap rasa.Angkat dan sedia dihidangkan.

Ayam Masak Pat Prik Mckelate's Style


Ayam seekor
Serai 2 btg
Lengkuas 1/2 in
Kunyit 1/2in
Bawang putih 7 ulas
Cili api 15 ikut kesukaan
Cili kering 6 tangkai
Semua bahan tumis dimesin
Kemudian ditumis dgn sedikit minyak
Bila wangi masukkan sedikit air asam jawa,sedit garam dan gula. Bila dah masak masukkan daun limau purut yg dihiris nipis.  Masukkan ayam yg telah dibersihkan. Tunggu sampai masak.
Masukkan sayur spt kacang panjang atau bunga kobis jika suka

Bila sayur layu boleh diangkat.


** Ayam boleh diperap dgn garam kunyit dan digoreng dahulu jika suka sebelum dimasukkan dalam tumisan pap prik