Wednesday 7 December 2011

Pengat Ubi Kayu


Ubi kayu  ( 3 biji sederhana besar)
santan 3 cawan
sedikit gula
sedikit garam
dua helai daun pandan

Caranya:
Panaskan santan bersama ubi sehingga mendidih
Masukkan gula dan sedikit garam
Masukkan daun pandan
Bila ubi masak, sedia utk dihidangkan

p/s jika ubi terlalu keras, ubi boleh direbus dahulu sebelum dimasukkan ke dalam santan
rebus sehingga masak

Masak Lemak Ikan Tongkol




2 ekor ikan tongkol sederhana besar dibersihkan dan dipotong
Santan 2 cawan
bawang 4 ulas
cili kering 5 tangkai
kunyit 1/2 inci
Lengkuas 1 inci
sedikit garam
1 keping asam keping/gelugor
2 biji Timun batang dibelah dua dan dikerat memanjang
4 tangkai Kacang panjang dipotong memanjang
Cili hijau 3 biji

Caranya:
Bawang, cili kering, kunyit dan lengkuas ditumbuk lumat.
Jerang santan sampai mendidih dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Masukkan ikan dan biar sampai mendidih
Masukkan asam keping dan sedikit garam
Masukkan timun dan kacang panjang dan cili hijau
Bila ikan masak dan kuahnya sesedap rasa, boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba! Masak lemak ikan tongkol ini sesuai dihidangkan dengan nasi panas-panas dan sambal cuka iaitu juadah nasi berlauk di Kelantan.

Sambal Cuka

Sedikit cili api
sedikit cili merah
keduanya ditumbuk
Masukkan ke dalam mangkuk dan ditambah sedikit cuka, garam dan gula
Sedia utk dihidangkan

Gulai Lemak Ikan Haruan



4 ekor ikan haruan, dibersihkan dikerat 3 (jika besar)
Santan 2 cawan
bawang 4 ulas
cili kering 5 tangkai
kunyit 1/2 inci
Lengkuas 1 inci
sedikit garam
1 keping asam keping/gelugor
sedikit daun kesum
Cili hijau 3 biji

Caranya:
Bawang, cili kering, kunyit dan lengkuas ditumbuk lumat.
Jerang santan sampai mendidih dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Masukkan ikan dan biar sampai mendidih
Masukkan asam keping dan sedikit garam
Masukkan daun kesum dan cili hijau
Bila ikan masak dan kuahnya sesedap rasa, boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Saturday 3 December 2011

Bergedil Tauhu Special Mckelate


Bergedil yang siap digoreng

Bahan-bahan Bergedil yang siap ditumbuk


Bahan-bahan

4 keping tauhu yang dibasuk bersih dan ditos airnya
Bawang besar putih 1 biji (sederhana besar)
cili boh 1 sudu besar (kurangkan jika tak suka pedas)
cili api 6 biji (ditumbuk /kurangkan jika tak suka pedas)
udang basah 10 ekor (ditumbuk)
daun limau purut dihirs halus
sedikit garam
2 biji telor dipukul dan dimasukkan dalam adunan
Sedikit minyak untuk menggoreng


Caranya:
Semua adunan yang ditumbuk /dimesin dan digaul dalam bekas dan akhir sekali dicampor kan dengan telor yang telah dipukul.  Kemudian panaskan kuali dan goreng sebiji-biji bergedil ini seperti menggoreng jemput-jemput.  Sesuai dimakan dengan nasi panas-panas, atau dimakan bersama pulut kuning.

Memang bergedil ini menjadi kesukaan adik-adikku...

Selamat mencuba!
Resepi daripada temanku dari Indonesia : Thanks  Jun