Wednesday 7 December 2011

Masak Lemak Ikan Tongkol




2 ekor ikan tongkol sederhana besar dibersihkan dan dipotong
Santan 2 cawan
bawang 4 ulas
cili kering 5 tangkai
kunyit 1/2 inci
Lengkuas 1 inci
sedikit garam
1 keping asam keping/gelugor
2 biji Timun batang dibelah dua dan dikerat memanjang
4 tangkai Kacang panjang dipotong memanjang
Cili hijau 3 biji

Caranya:
Bawang, cili kering, kunyit dan lengkuas ditumbuk lumat.
Jerang santan sampai mendidih dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Masukkan ikan dan biar sampai mendidih
Masukkan asam keping dan sedikit garam
Masukkan timun dan kacang panjang dan cili hijau
Bila ikan masak dan kuahnya sesedap rasa, boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba! Masak lemak ikan tongkol ini sesuai dihidangkan dengan nasi panas-panas dan sambal cuka iaitu juadah nasi berlauk di Kelantan.

Sambal Cuka

Sedikit cili api
sedikit cili merah
keduanya ditumbuk
Masukkan ke dalam mangkuk dan ditambah sedikit cuka, garam dan gula
Sedia utk dihidangkan

No comments:

Post a Comment