Thursday 11 August 2011

PUFF SARDIN MCKELATE'S SPECIAL





Ini adalah resepi Puff Sardin yang sangat senang dan mudah, terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.  Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.  Selamat mencuba!

INTI SARDIN (atau mana-mana inti yang digemari)
Pertama : sediakan sardin dulu. (Boleh pelbagaikan inti ikut kesukaan, curry pun boleh,inti karipap pun boleh)
 1 tin besar sardine ikut sukala jenama apa (buang tulang)
2 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
cili merah 5 biji (masuk lebih jika suka pedas) dihiris
4 sudu besar mayonese ( kalau ada yg jual paket beli yg RM 1
sepeket

Cara:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak
Masukkan bawang besar, bawang putih dan tumis sampai wangi
Masukkan sardine dan kacau sampai hancur
Masukkan cili merah
Gaul rata dan masukkan garam.
Angkat dan sejukkan, bila sejuk masukkan mayonese
Inti ini sedia utk digunakan.
* 1 tin besar sardin sesuai utk 3 paket roti prata ( boleh dapat 30 biji.. so yummy, sorang boleh makan 3- 5 biji bila masak)


Pastry: Beli yg ready made roti prata jenama kawan.

Keluarkan dari fridge 5 min sebelum guna.

Bahagikan dua dan letak inti tengah2dan lipat ke tengah (lihat gambar)

*


Pastikan bahagian muncung kemas supaya tak keluar inti. Bahagian tepi jugak kena kemas jgn bagi inti keluar. Tekan tepi dengan garpu supaya lekat dengan kemas.Letak dalam bekas dan sapu telor di atasnya sebelum di bakar

kemas= tertutup rapat.




Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah.  Bila nampak puff kembang dan berwarna perang keemasan, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan


* Resepi ini kredit kepada Anum , moga mendapat pahala kerana perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment