Lasagna sheets yang ready made: dalam kotak (250g) -cari yg oven ready
Dolmio Mushroom -550g (dalam botol ready made)
1 paket minced meat atau minced chicken
1 paket minced meat atau minced chicken
Karet 1 batang dipotong dadu
Mushroom 2 mangkuk
Bawang besar sebiji dipotong dadu
Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis)
Lada sulah
Garam secukupnya
***
Filling:
Tumis bawang dan bawang putih dengan sedikit minyak, bila naik bau masukkan karet dan kacau,bila karet layu, masukkan mushroom/kulat. Kemudian masukkan minced meat dan seterusnya masukkan Domio Mushroom, kacau sekali sekala dan masukkan sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Bila masak biarkan sejuk.
Sos Keju/Cheese Sauce
Butter 100 gram
susu fresh milik 2 cawan
2 sudu tepung gandum dilarutkan dalam 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit Mozarella cheese
***
Panaskan butter dalam kuali. Bila cair masukkan tepung yang dicairkan,kacau...masukkan susu fresh milk dan masukkan cheese. Kacau sampai pekat dan tutup api dan biarkan sejuk.
Toping
Mozarella Cheese (shredded) ditabur disetiap lapisan dan lapisan di atas sekali.
Caranya:
Masukkan bahan-bahan filling dalam bekas yg sudah disapu mentega. Ratakan. Masukkan Filling sos,
masukkan sos cheese, taburkan shredded cheese dan lapiskan lagi dengan lasagna sheets. Patahkan lasagna sheets untuk menutup kawasannya yg hujung dan tidak tertutup. Lakukan seterusnya bagi setiap lapisan. Buat dalam 4 lapisan. Pada lapisan akhir masukkan filling, sos cheese dan taburkan shredded cheese. Kemudian bakar dalam 35-40 min dalam suhu 180 darjah.
No comments:
Post a Comment