Thursday, 18 August 2011
Lontong
Kuah Lontong/Lodeh
Tempe digoreng dan dipotong dadu
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 biji terung (dibelah dan dipotong kecil)
1 biji karet (dipotong memanjang)
2 ikat kacang panjang (dipotong pendek)
sedikit kobis (dipotong kecil)
soun direndam dalam air
tauhu kering direndam dalam air.
Bawang besar 2 labu sederhana besar dihiris.
Bawang merah 6 biji ditumbuk dengan 1/2 inci kunyit
udang basah dalam semangkuk ((dibuang kulit)
Santan pekat 3 cawan ditambah jika suka kuah banyak
Garam secukup rasa.
6 biji cili merah/hijau dihiris
***
Masukkan bawang merah dan kunyit serta udang dalam periuk yang berisi santan. Jerang di atas dapur sehingga mendidih.Masukkan semua bahan sayuran , tempe, tauhu, soun bawang besar, cili merah/hijau, soun dan tauhu kering ke dalam kuah. Masukkan garam secukup rasa. Bila sayur layu,bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit/ketupat dan sambal ikan bilis serta telor rebus.
Labels:
kuah lodeh,
lontong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment