Thursday, 11 August 2011
Ketupat Sotong Mckelate's special
Bahan-bahan
15 ekor sotong besar ((dibersihkan,buang tulang tengahnya dan kekalkan kepala)
beras pulut secawan
santan pekat secawan ( direndam dengan pulut bersama sedikit garam)
secawan santan pekat lagi untuk kuah
nira kelapa kelantan/nise 2 keping (atau gula ikut manis)
daun pandan
sedikit lidi/pencungkil gigi
Caranya:
Beras pulut direndam bersama santan sehingga agak kembang
Masukkan ke dalam perut sotong dalam anggaran separuh (jgn penuh).
Kemudian masukkan kepala dan cocok dengan lidi/pencungkil gigi supaya pulut tidak keluar.
Buat begitu kepada semua sotong sehingga selesai
Kemudian masukkan dalam periuk, masukkan santan dan gula nira kelapa/nise
Masukkn secubit garam
Masukan lebihan santan pulut tadi (tanpa pulut)
Masukkan daun pandan dan rebus sehingga sotong masak
Hati-hati jangan sampai hangit.
Santan boleh dilebihkan jika suka berkuah.
Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment