Sunday, 25 September 2011
Cornflakes Bermadu
1 kotak conrflakes besar
Kismis 3 kotak kecil
Cherry cincang
Gajus dicincang
Madu 1/2 cawan (lebih jika suka manis)
Gula 3 sudu besar
butter 1 ketul /250gram
Paper Cup cakes kecil secukupnya
Caranya:
Masukkan butter dalam kuali dan panaskan sehingga butter cair
Masukkan madu
Masukkan gula, tunggu hancur dan masukkan kismis.
Kacau dan matikan api.
Masukkan cornflakes, gajus dan cherry.
Kemudian masukkan dalam cupcakes dan di bakar sekejap dalam oven sehingga cornflakes menjadi keperangan.
Tuesday, 13 September 2011
Biskut Arab
Bahan-bahan
1 ketul butter atau 1 tin minyak sapi
Tepung gandum
gula halus
Caranya:
Gaul tepung gandum dgn butter atau minyak sapi sehingga menjadi doh
Buat bulat-bulat masukkan dalam dulang pembakar dan dibakar
Bila masak angkat dan biarkan sejuk.
Kemudian ditaburkan gula halus di atasnya dan masukkan dalam papercup.
TIPS: Cara yang sama tetapi masukkan peanut butter atau kacang ditengahnya sebagai inti dan digentel memanjang, jadilah kueh makmur.
Monday, 12 September 2011
Apam Kukus Mckelate
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
Gula secawan (ikut manis)
yis atau ragi instant 2 paket (11g=1 paket)
air secukupnya
Pewarna hijau/pandan paste dan merah
Caranya:
Masukkan tepung gandum dalam besen/bekas
Masukkan yis/ragi
Masukkan gula
Gaul rata dgn sudip
Masukkan air secukupnya sampai doh lembut dan pekat
Kacau rata dan biarkan 20min
Kemudian, acuan disapu minyak
Masukkan doh yg telah diwarnakan
Kukus hingga masak
1kg gandum biasanya boleh dapat dalam 48 biji apam yg gebu...
Hidangkan bersama kelapa yg dicampur dgn sedikit garam.
Sesuai utk hidangan pagi atau petang.
Saturday, 10 September 2011
Ayam Pedas
1 ekor ayam digoreng dgn minyak
bawang besar 2 labu
bawang putih 4 ulas
cili kering 8 tangkai
1/2 in halia
*semua bahan ini dimesin
sedikit sos cili
sedikit garam dan gula
1 keping asam keping
Caranya:
Tumis bahan yang dimesin, bila wangi masukkan sos cili, garam dan gula serta asam keping
Masukkan ayam , kacau rata
Rasa sesedap rasa dan bolehlah diangkat.
Colek Nenas Kelate
1/2 biji Nenas sederhana dipotong kecil
6 tangkai cili kering dimesin dgn sedikit air
Gula nise atau gula merah atau gula apung atau gula biasa
Caranya:
Rebus cili kering yang dimesin bersama sedikit air dan bila didih masukkan gula tadi dan garam dan biarkan sampai pekat.
Kemudian dicurahkan kepada nenas yang sudah dipotong dan sedia utk dihidangkan
Sesuai dihidangkan dengan nasi minyak dan nasi hujan panas atau pelengkap bagi gulai daging dan ayam

Nyicoh Perut Kelate
Perut lembu dibersihkan dan direbus dgn air (3/4 periuk)
Bila masak, angkat sejukkan dan dipotong kecil
Bila mahu dihidangkan, panaskkan dan masukkan perencah iaitu garam, limau dan cili api dan rasa sesedap rasa. Hidangkan

sediakan asam limau, cili api dan garam untuk perencah

TIPS
Bila perut yg direbus sejuk, lemak-lemaknya akan membeku, ambil dan buang sebelum dipanaskan sekali lagi
Ikan Merah Masam Manis
Sediakan 6 keping Ikan merah dibubur garam kunyit dan digoreng
Bawang besar 1 labu
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 3 ulas
cili merah 5 tangkai
1/2in halia
Kesemua bahan ini dimesin
2 labu bawang besar dimayang
2 biji cili merah dihiris
Kedua-dua ini adalah utk hiasan
Sedikit sos cili Thai
Sedikit sos cili dan sos tomato
mangga muda diparut 2 biji
garam dan gula secukupnya
----
Tumis semua bahan-bahan yang dimesin bersama sedikit minyak, bila wangi masukkan sos Thai, sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula secukup rasa, masukkan ikan merah yg telah digoreng. Masukkan cili dan tomato dan akhir sekali masukkan mangga muda yg diparut. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)