Sunday, 3 February 2013
Apam Kukus Tepung Beras Mckelate's Special
Bahan-bahan
4 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
1 tin susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla/rose (ikut kesukaan)
Pewarna merah dan hijau/pandan paste
Caranya:
Masukkan tepung beras, gula, baking powder dan kacau rata.
Masukkan susu cair dan gaul rata. Masukkan esen. Gaul lagi.
Bahagi kepada dua adunan dan masukkan pewarna merah dan hijau
Masukkan dalam acuan dalam dua sudu besar (kerana ia akan naik)
dan kukus dalam hingga masak
Makan begitu saja atau makan dengan dengan kelapa parut yg dicampor sedikit garam.
Selamat mencuba...
Friday, 1 February 2013
KERABU SOTONG
Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit karet sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)
Cara membuatnya:
Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak. Jangan lama nanti isinya mengecil . Sejat dan
potong. Masukkan bawang besar , cili
api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering, sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam
mangkuk. Gaul rata2. Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup
rasa masukkan sotong dan karet.
Selamat Mencuba
Thursday, 2 August 2012
Mee Goreng Basah
Bahan-bahan
I paket mee
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
7 tangkai cili kering
1 cawan air
Bahan lain:
ayam/udang/daging (sebagai pemanis)
sayur sawi dipotong kecil
1 biji tomato dipotong 4
2 keping tauhu digoreng
dua sudu besar kicap masin
2 susu sos tomato
dua sudu gula
sedikit minyak untuk mengoreng
cili potong - hiasan
telur mata- hiasan
Caranya:
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar bersama ayam/udang/daging. Tumis sampai berbau wangi tapi jangan sampai airnya kering. Masukkan sedikit tomato, kicap dan gula. Kemudian masukkan mee. Kacau dan perlahankan api. Masukkan sayur sawi, dan akhirnya masukkan tomato dan tauhu. Angkat dan sedia untuk dimakan. Hias dengan cili dan makan bersama telor mata. Kalau suka boleh tabur daun bawang dan daun sop.
Selamat mencuba!
Tuesday, 24 July 2012
WARIS RED BEEF'S WARRIORS
BAHAN - BAHAN
200gm daging di potong ikut suka | 1 inci halia dihiris | 2 batang serai di ketuk | 3 ulas bawang putih di ketuk | 2 sudu besar sos tomato | 2 sudu besar sos cili | 1 sudu besar sos tiram | 2 seduk besar air rebusan daging | 1 bawang besar di kerat 8 | 1 biji cili merah & Hijau | garam & gula secukup rasa | minyak masak |
CARA - CARA MENYEDIAKAN
1. Rebus Daging bersama halia dan serai sehingga masak.Angkat dan Hiris mengikut kesukaan.
2. Goreng sekejap bersama minyak untuk nampak berkilat. kalau suka garing boleh goreng lama sikit.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.
Sunday, 3 June 2012
Qasidah
Bahan:
Tepung gandum 3 cawan, santan kelapa 1 cawan,1 cawan minyak sapi, 2 helai daun pandan, gula 1 cawan 1 sudu kecil garam
Caranya:
Masukkan dan satukan tepung, santan dan tambah air dan garam sikit biar pekat macam buat lemping, Selepas itu masak atas kuali,masukkan gula akhir sekali minyak sapi...kacau biar sebati...lepas tu boleh buat bentuk bunga dan tabur bawang goreng dan sedia utk dihidangkan.
Terima kasih Hjh Nik Maziah ( dalam gambar bertudung oren, sempat bergambar with me) atas perkongsian resepi yg enak ini.
Sunday, 13 May 2012
Friday, 27 April 2012
KETAM MASAK TELOR MASIN
Ketam dibasuh dan ditoskan
Gaul dengan garam dan kunyit sedikit
Goreng sekejap dalam kuali
Bahan 2
Dalam kuali lain masukkan butter
Masukkan hirisan cili api (tambah cili jika suka pedas)
Masukkan daun kari
Masukkan telor masin 2 biji yg tak direbus (blend dulu bagi hancur merah telor.
Kacau dan masukkan susu cair (nak kuah banyak masuk lebih)
Kacau lagi, masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ketam yang digoreng tadi.
Kacau/gaul dan angkat
Terima kasih kepada Cik Yeen (Suzlina) yang telah berkongsi resepi yang sedap ini. Selamat Mencuba....
Terima kasih kepada Cik Yeen (Suzlina) yang telah berkongsi resepi yang sedap ini. Selamat Mencuba....
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)

