Monday, 14 July 2014

Puding Roti Mckelate Special






Bahan-bahan

1 plastik roti sandwitch
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan gula
3 biji telor
1 paket santan segera
1 tin susu cair
1 sudu teh esen banana/vanilla

Cara Membuatnya:

Pukul telor dengan gula sehingga kembang dalam besen,.
Masukkan minyak masak, susu cair, kacau lagi
Kemudian masukkan santan paket
Kacau lagi dan masukkan air serta esen banana atau vanilla.
Kemudian roti disiat-siat kecil dan masukkan dalam bahan-bahan tadi
Kacau rata sehingga roti kembang dan hancur dalam adunan.
Kemudian masukkan ke dalam bekas pembakar yang telah dilumurkan dengan sedikit minyak.
Bakar dengan api atas bawah suhu 180 darjah selama 45 minit ( lebihkan kalau suka garing)
Bila masak keluar daripada acuan pembakar dan sejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti ais.  Puding ini enak dimakan begitu saja.

Selamat mencuba.

P/s  minyak masak boleh diganti dengan i ketul butter jika suka.

Friday, 6 June 2014

Laksam Kelate Mckelate

Laksam Kelate

Bahan-bahan untuk laksam:

2 plastik tepung beras
13 cawan air suam
Sedikit minyak masak dan berus
loyang kukus
Periuk kukus

Bancuh tepung beras dengan air suam dalam besen
Kacau sehingga tepung larut dalam air dan dalam keadaan cair
Kemudian sapukan minyak masak dengan berus atau daun pandan pada loyang kukus
Masukkan ke dalam periuk kukus dan masukkan adunan air tepung ke dalamnya sesenduk  (pastikan nipis)
Kemudian kukus sehingga masak dan nampak tepung mengggelembung.
Angkat dan sejukkan...
Kalau dapat mesti ada 6 loyang kukus supaya ia senang sejuk dan dibuka daripada loyang
Dan gulung dia .  Letak diatas bekas berlapik daun pisang jika ada supaya aromanya wangi.
Cuba dulu satu atau dua loyang utk pastikan ianya masak dan nipis sebelum mengukus yg lain.











Cara membuat kuahnya:

1 kg ikan kembong
3 labu bawang besar
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 kg santan
4 keping asam keping/asam gelugur

Ikan direbus dan dibuang tulangnya kemudian dikisar.
bawang dan bawang putih dipotong kecil dan dikisar dengan sedikit air.
Masukkan ke dalam periuk sederhana besar
Kisar ikan dengan sedikit air tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama bawang
Masukkan santan dalam 1/2 kg dan biar ia nampak berkuah dan pekat dengan ikan
Tambahkan air jika terlalu pekat
Masukkan asam keping dan rebus sehingga mendidih
Bila mendidik, tutup api dan kacau dia di atas dapur sehingga sedikit sejuk supaya kuah dia cantik dan tak b berketul
Hidang dengan laksam






Bahan hiasan:

Taugeh
Timun dimayang atau diparut
Kacang panjang
sambal cili (cili kering yg direndam dalam air panas, sejat dan dikisar bersama sedikit garam)
cili api dipotong
serunding
telor burung puyuh

Hidangan sesuai untuk 8 - 10 orang
Selamat mencuba dan menjamu selera





p\s kuah yg sama boleh dihidang dengan laksa,

Saturday, 24 May 2014

Kek Pandan Mckelate


1 cawan  butter/marjerin (250 g)
1 cawan gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis
5 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum naik sendiri
3 sudu kecil  minyak masak
1 sudu kecil esen vanila atau esen pisang
sedikit Pandan Paste

Caranya

Panaskan oven 170 dan alas acuan dengan kertas dan sapu acuan dgn marjerin.
Pukul telur dgn gula
masukkan butter
masukkan esen dan minyak masak
masukkan tepung
bahagikan kepada 2 adunan (warnakan dengan pandan paste 1 agak lighter/muda, dan satu lagi lebihkan warna agar nampak terang/tua kehijauannya
masukkan ke dalam bekas yang warna tua dan diikuti yg warna muda di atas
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam
kemudian cucuk kek dengan lidi dan ianya bersih jika kek dah masak
selamat mencuba


Kek Marble Mckelate



1 cawan  butter/marjerin (250 g)
1 cawan gula-boleh kurangkan jika tak mahu manis
5 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum naik sendiri /self raising flour
(jika pakai tepung gandum biasa, campur dengan 1 sudu kecil baking powder)
3 sudu besar  minyak masak
1 sudu kecil esen vanila atau esen pisang
Pewarna pandan paste dan pewarna merah

Caranya

Panaskan oven 170 dan alas acuan dengan kertas dan sapu acuan dgn marjerin.
Pukul telur dgn gula
masukkan butter
pukul sehingga sebati
masukkan esen dan minyak masak
pukul lagi
masukkan tepung sedikit -sedikit (tepung diayak dahulu)
kacau sehingga sebati
bahagikan kepada 3 adunan (warnakan merah, hijau dan warna asal)
masukkan ke dalam bekas dan selang seli, warna asal, merah dan hijau
masukkan ke dalam oven dan bakar selama 1 jam
kemudian cucuk kek dengan lidi dan ianya bersih jika kek dah masak
selamat mencuba


Sunday, 23 February 2014

Roti Bun Manis Special Olive Astar

BUN MANIS 





Bekas A
1 kg tepung gandum (seelok nya tepung ni diayak dulu )
1/4 sudu teh bread improver
Bahan2 ni gaul hingga sebati



                   ** Bread improver ni kalau tak ada pun tak apa, ia membantu membuat doh cepat naik

Bekas B
1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis segera
4 sudu makan tepung gandum (ambil dari besen A)
Bahan2 ni digaul sebati dan dibiarkan hingga kembang dan berbuih...mcm ada buble la (dalam 10 min)

Bekas C
1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurang sikit jika tak suka manis)
4 biji telur
1 kotak kecil susu segar
1/2 buku butter (dicairkan atas dapur dengan nyalaan yg kecik. Hanya untuk cairkan sahaja bukan sampai mendidih. Sejukkan)
Bahan2 ini juga digaul sebati

CARA MEMBUATNYA:
1-Bekas A yg berisi tepung tadi, dibuatkan lubang tengah2
2-Masukkan bahan2 yg telah digaul dari Bekas B dan C ke dalam Bekas A
3- Gaul dan uli dgn tangan sehingga semua tepung lekang dari dinding besen dan jari. Tabur sedikit tepung gandum jika doh terlalu melekat utk memudahkan menguli.
4-Rehatkan doh tersebut sehingga saiz dua kali ganda lebih kurang 45 minit. Doh ini hendaklah ditutup dgn tuala lembap.

Doh yang naik selepas direhatkan


Doh yang telah ditumbuk2 manja dan diuli sekali lagi

5-Bila doh telah naik dgn eloknya. Tumbuk2 manja dan uli semula doh tersebut.
6- Ambil sedikit baki dari setengah butter yg lebihan tadi dan sapu di tangan bagi memudahkan membentuk doh. Bentuk doh ikut citarasa. Tapi kalau nak comel2 bun tu maka, buatlah comel2.



                     * Tips :  Pastikan permukaannya rata supaya roti licin bersinar dan nampak gebu bila                                    dibakar  nanti



7-Sapukan butter lebihan tadi di dulang pembakar dan masukkan doh yg telah dibentuk. Jgn letak terlalu rapat sebab doh akan mengembang.
8-Bakar 10 - 15 minit atau sehingga perang pada suhu 180 c  menggunakan api atas dan bawah.






*Tips : Semasa menyiapkan doh ke dalam bekas pembakar, doh akan kembang dan melekat antara satu sama lain. Jangan bimbang, teruskan membakar mengikut giliran...


9- Setelah masak, keluarkan dari oven, sapukan butter lebihan tadi di permukaan atas bun tersebut.
10- BUN MANIS anda telah masak dan sedap dimakan dan dicicah air teh tarik or kopi...






*** Boleh pelbagaikan dengan memasukkan inti kesukaan anda atau masukkan hot dog jika anak anda suka.

SELAMAT MENCUBA ...

Puan Olive Astar


dan terima kasih kepada chef Olive Astar yg telah berkongsi resepi istimewa ini.



* Jangan lupa berselawat semasa membuat roti ini dan jangan lupa buatlah dengan rasa gembira dan penuh kasih sayang agar ianya terasa sedap bila dinikmati oleh mereka yang tersayang 

* Jangan leka sewaktu membakar roti  ya... pastikan roti anda gebu dan nampak sweet jer bila masak :)

Senyum-senyum selalu -  Mckelate