Tuesday, 24 December 2013

Pisang Cheese



Bahan-bahan

Pisang
Tepung goreng pisang Adabi
cheese cheddar (diparut)
susu pekat (untuk hiasan)
coklat sos (untuk hiasan)

Cara:
Pisang dicelup dalam tepung yg dicampor air dan digoreng sehingga garing
Kemudian,letakkan coklat sos secara zig zag di atas pinggan utk hiasan
Kemudian letakkan pisang yg sudah digoreng
Kemudian zig zag dengan susu pekat atas pisang
Dan akhir sekali parutkan cheese... hidang semasa pisang goreng panas2... yum yummm

Selamat mencuba.

Friday, 27 September 2013

Kerabu Ikan Bilis


BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
2 batang serai dihiris
5 biji bawang merah  dihiris
5 biji cili padi  dihiris
1 biji tomato  dihiris
sedikit kacang panjang dihiris
1 biji limau nipis |diambil airnya
Sedikit daun bawang  dihiris
Sedikit daun ketumbar  dihiris
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama ikan bilis.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit air limau nipis.
Gaul rata dan hidangkan.
Selamat Mencuba...

Sunday, 3 February 2013

Apam Kukus Tepung Beras Mckelate's Special




Bahan-bahan

4 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu besar baking powder
1 tin susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla/rose (ikut kesukaan)
Pewarna merah dan hijau/pandan paste

Caranya:

Masukkan tepung beras, gula, baking powder dan kacau rata.
Masukkan susu cair dan gaul rata.  Masukkan esen. Gaul lagi.
Bahagi kepada dua adunan dan masukkan pewarna merah dan hijau
Masukkan dalam acuan dalam dua sudu besar (kerana ia akan naik)
dan kukus dalam hingga masak
Makan begitu saja atau makan dengan dengan kelapa parut yg dicampor sedikit garam.
Selamat mencuba...

Friday, 1 February 2013

KERABU SOTONG



Sotong secukupnya
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Sedikit daun ketumbar (dipotong halus jika suka)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 sudu besar  sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
3-5 biji Cili padi (ikut pedas)
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 batang serai (dihiris halus)
Sedikit karet sebagai hiasan (dipotong dadu)
Sedikit udang kering (ditumbuk, jika suka)

Cara membuatnya:

Bersihkan sotong dan rebus sehingga masak.  Jangan lama nanti isinya mengecil . Sejat dan potong.  Masukkan bawang besar , cili api, garam, air asam limau nipis, gula, serai , udang kering,  sos ikan, daun ketumbar dan dikacau dalam mangkuk.  Gaul rata2.  Rasa masin tawar, masam …kalau dah secukup rasa masukkan sotong dan karet.

Selamat Mencuba